comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] SPRM tahan reman seorang penjawat awam disyaki minta, terima suapan kira-kira RM10,000

Suspek lelaki berusia sekitar 30-an telah ditahan kira-kira jam 6 petang semalam ketika hadir memberi keterangan di pejabat SPRM Negeri Sembilan.

SEREMBAN: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Negeri Sembilan telah menahan reman seorang penjawat awam kerana disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM10,000 sebagai dorongan menguruskan permohonan tanah di negeri tersebut.

Menurut sumber, suspek lelaki berusia sekitar 30-an telah ditahan kira-kira jam 6 petang semalam ketika hadir memberi keterangan di pejabat SPRM Negeri Sembilan.

Susulan penahanan itu, suspek telah dibawa ke Mahkamah Majistret Jenayah Seremban pagi tadi dan perintah reman selama tujuh (7) hari bermula hari ini sehingga 17 Jun 2024 terhadap suspek telah dikeluarkan oleh Majistret Syed Mohd Farid Syed Ali.

“Siasatan awal mendapati suspek melakukan kesalahan tersebut sekitar Jun 2023,” katanya.

Sementara itu, Pengarah SPRM Negeri Sembilan, Tuan Awangkok Ahmad Taufik Putra Awg Ismail ketika dihubungi mengesahkan penahanan tersebut dan berkata, kes disiasat mengikut Seksyen Seksyen 17 (a) Akta SPRM 2009.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini