comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] SUV tidak tarik brek tangan dirempuh dua penunggang motosikal


PETALING JAYA: Gara-gara kecuaian pemandu yang tidak menarik brek tangan selepas meletakkan kenderaan dua penunggang motosikal menjadi mangsa kemalangan apabila kenderaan terbabit mengundur secara tiba-tiba.

Video kejadian membabitkan sebuah SUV di sebuah pusat servis di Balakong, Cheras itu tular di media sosial sejak semalam.

Menerusi rakaman itu, SUV berwarna putih pada awalnya dipandu masuk ke dalam perkarangan pusat servis berkenaan.

Namun ia didapati mengundur secara tiba-tiba dengan pintu pemandunya terbuka.

Kenderaan itu keluar melintasi pintu pagar dan terus ke jalan utama.

Kelihatan dua penunggang motosikal tidak sempat mengelak lalu merempuhnya.

Beberapa pemandu lain sempat memberhentikan kenderaan mereka.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa

Loading...
Terkini