Oleh: Fareez Azman
KUALA LUMPUR: Petugas Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) memulakan kerja-kerja pembersihan di lokasi tanah runtuh di Taman Bunga Raya, Jalan Genting Klang – Kem Wardieburn pagi ini.
Ia melibatkan petugas dari Unit Depoh Penyelenggaraan, Jabatan Pengangkutan Bandar dan Jabatan Geomatik DBKL.
Petugas Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) memulakan kerja-kerja pembersihan di lokasi tanah runtuh di Taman Bunga Raya, Jalan Genting Klang – Kem Wardieburn pagi ini. pic.twitter.com/gFBGsCIc8g
— Buletin TV3 (@BuletinTV3) August 23, 2024
Pemerhatian Buletin TV3 mendapati, kanvas turut diletakkan di kawasan runtuhan bagi mengelakkan struktur tanah terdedah kepada air.
Laluan di kawasan ini turut ditutup menjadi satu laluan sahaja bagi kenderaan awam.
Dalam kejadian kira-kira jam 5.43 petang semalam sebuah rumah di Taman Bunga Raya, Jalan Genting Klang – Kem Wardieburn, terjejas akibat tanah runtuh susulan hujan lebat.
Penghuni rumah berkenaan dan berhampiran telah diarahkan keluar kerana masih terdapat pergerakan tanah di kawasan runtuhan.
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.