comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Tiga lokasi jalan JB-Kuantan ditutup kepada semua jenis kenderaan akibat banjir

MERSING: Sekurang-kurangnya tiga lokasi sepanjang Jalan Johor Bahru ke Kuantan ditutup kepada semua jenis kenderaan selepas dinaiki air susulan hujan berterusan sejak malam tadi.

Antaranya, di jambatan Sungai Ambat berdekatan kilang sawit RISDA selepas dinaiki air 0.4 meter.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan Jabatan kerja raya, tiada jalan alternatif disediakan.

Turut dinaiki air selekoh maut Tasek Kecil dan Batu Gibon, jalan Mersing ke Endau.

Laluan sepanjang 100 meter itu dinaiki air sedalam 0.26 hingga 0.3 meter dan disertai  arus kuat.

Orang ramai diminta menggunakan laluan alternatif melalui jalan Jamaluang dan jalan Nitar untuk ke Kluang atau Johor Bahru.

Sementara itu beberapa kenderaan termasuk beberapa buah lori dilaporkan terperangkap di laluan di jambatan Ambat bermula jam 7 pagi tadi selepas  air sungai melimpah.

Bagaimanapun hingga kini tiada sebarang kejadian tidak diingini berlaku.

Loading...
Terkini