comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Tindakan pantas bomba selamatkan ratusan penghuni di Batu Lanchang

 

Oleh Selwam Arjunan

JELUTONG: Tindakan pantas pasukan bomba dan penyelamat mengawal kebakaran di tingkat 11 sebuah flat menyelamatkan ratusan penghuni yang cemas di Lebuhraya Batu Lanchang, pagi tadi.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri berkata panggilan kecemasan diterima pada jam 10.40 pagi.

Bomba seterusnya menghantar jentera pertama dari Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Perak yang tiba di lokasi dalam tempoh 11 minit.

Hasil pemeriksaan mendapati kebakaran berlaku di sebuah bilik, unit kediaman tingkat 11 dalam keadaan api sedang marak dan asap tebal kelihatan di luar premis.

“Tindakan segera anggota bomba dapat mengawal kebakaran pada jam 11.09 pagi dan api telah dipadam sepenuhnya pada jam 11.14 pagi,” katanya dalam satu kenyataan.

Kira-kira 30 peratus anggaran kemusnahan dengan tiada mangsa dilaporkan terlibat dalam kejadian itu,”.

Operasi tamat pada jam 12.04 pagi dan tempat kejadian diserahkan kepada pasukan forensik untuk siasatan lanjut.

Punca kebakaran dan nilai kerugian masih dalam siasatan.

Loading...
Terkini