comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] ‘Trending’ 2022: Anwar Ibrahim, Zalina Azman antara carian tertinggi personaliti tempatan pada 2022

 

Sepanjang tahun 2022, rakyat Malaysia membuat carian bagi mencari perkembangan mengenai personaliti tempatan menerusi Google yang merangkumi pebagai faktor dari cerita panas, figura hiburan dan politik sehingga misteri kehilangan.

10. Yasin Sulaiman

Carian google tertinggi di tempat ke-10 ialah Yasin Sulaiman

Jumlah carian di google berkaitan Yasin Sulaiman meningkat sekitar penghujung Mac lalu selepas ditahan kerana ‘ladang mini’ tanaman ganja di kediamannya.

Selepas terlepas hukuman gantung sampai mati pada Julai… Mahkamah Sesyen Petaling Jaya menangguhkan keputusan representasi kali kedua pada 11 Januari depan bagi mengkaji tiga pertuduhan kes dadah dihadapi komposer itu.

9. Muhyiddin Yassin

Di tempat ke-9 Tan Sri Muhyiddin Yassin

Carian di google berkaitan Tan Sri Muhyiddin Yassin pula memuncak pada penhujung November, pasca Pilihan Raya Umum ke-15 yang ketika itu masih hangat diperkatakan.

8. Ustaz Fathi Na’im

Berdasarkan data Google Trends, carian mengenai penceramah bebas, Fathi Naim melonjak sekitar bulan Julai dan awal Disember, menjadikan figura ini berada pada tempat kelapan carian tertinggi kategori personaliti tempatan.

Antara kata kunci yang dicari adalah berkaitan biodata dan kes yang melibatkan Fathi Naim.

7. Anna Jobling

Pelakon drama Melur Untuk Firdaus, Anna Jobling menduduki carian google ditempat ketujuh selepas kejayaan drama yang ditayangkan di slot Lestari TV3 pada Mei.

Malah kata kunci bagi ‘Melur Untuk Firdaus’ juga berada di tangga kedua carian Google bagi kategori Siri Drama TV bagi 2022.

6. Nik Adam Mika

Kecoh di media sosial mengenai video tidak senonoh yang dikaitkan dan mirip pelakon cilik, Nik Adam Mika pada September!

Bagaimanapun bapa kepada pelakon cilik ini menafikan pelaku dalam video itu adalah anaknya dan jangan mudah percaya pada video yang tular serta hentikan penyebaran berita palsu!

 5. Azam Baki

Carian mengenai Ketua Pesuruhjaya, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki, berada di tangga kelima.

Antara kata kunci tertinggi azam baki siapa, kes azam baki, azam baki saham dan azam baki rally.

4. Ahmad Zahid Hamidi

Carian berkaitan figura politik Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memuncak pada penghujung November ketika pasca PRU-15, menjadikannya berada di tempat keempat.

Presiden UMNO dan Pengerusi Nasional itu kini adalah Timbalan Perdana Menteri serta memegang portfolio Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah.

 3. Najib Razak

Tahun 2022 sekali lagi menyaksikan mahkamah menjadi tumpuan antaranya membabitkan keputusan kes berprofil tinggi membabitkan Datuk Seri Najib Razak.

 Carian kata kunci ‘Najib Razak’ memuncak sekitar Ogos ketika Najib, 69, telah dibawa ke Penjara Kajang selepas Mahkamah Persekutuan pada 23 Ogos mengekalkan sabitan serta hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta terhadapnya kerana menyeleweng RM42 juta dana milik SRC International Sdn Bhd.

2. Zalina Azman

 

Misteri kehilangan bekas penyampai berita TV3, Zalina Azman yang mula dilaporkan pada Julai, terus melonjakkan carian mengenainya di Google.

Sehingga kini keberadaan Zalina masih menjadi teka-teki… dan usaha menjejaki dan mengesannya masih diteruskan.

1. Anwar Ibrahim

Perdana Menteri ke-10, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengungguli carian bagi kategori individu yang menjadi tumpuan dalam Google’s Year in Search 2022 Malaysia.

Carian tertumpu sekitar penghujung November dengan kata kunci tertinggi membabitkan antaranya kabinet anwar Ibrahim, tambun dan anwar Ibrahim ge15.

Untuk lebih lagi jangan ketinggalan bagi menyaksikan program IMBASAN 2022 pada Sabtu, 31 Disember, jam 5.30 petang, hanya di TV3. 

Loading...
Terkini