comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] ‘Trending’ 2022: Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) dan MySPR Semak topik carian tertinggi bagi 2022

 

Tahun 2022 bakal melabuhkan tirai dengan merakamkan pelbagai peristiwa pahit dan manis.

Selain peristiwa dan figura Google turut menyenaraikan ujian psikologi dan permainan mencari perkataan antara kata kunci carian ‘trending’ di enjin cariannya sepanjang tahun 2022 dalam kalangan Malaysia.

10. Mental Age Test

Walaupun tiada data khusus, namun carian menerusi Google bagi ‘Mental Age Test’ melonjak pada sekitar pertengahan Julai di Malaysia.

 Antara kata kunci kaitan mental health test, love language test dan sophisticated dengan hasil carian membawa kepada kuiz ujian yang menentukan tahap mental seseorang berdasarkan umur tertentu.

9. Queen Elizabeth 

Carian berkaitan Ratu Elizabeth II menerusi Google dalam kalangan rakyat Malaysia, melonjak pada September pada ketika kemangkatan baginda diumumkan Istana Buckingham pada 8 September.

 8.Anwar Ibrahim

Secara keseluruhan, topik carian berkaitan Perdana Menteri ke-10, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi antara carian tertinggi menerusi Google di Malaysia.

 Berdasarkan data, topik kaitan yang menarik minat pelayar internet antaranya ialah mengenai bertanding PRU-15 di Tambun, Bandar Sungai Long dan pelantikan Timbalan Perdana Menteri.

7. Peranti Siswa

Sekitar September hingga November 2022, carian mengenai Peranti Siswa mendapat perhatian selepas Program Peranti Siswa dilancarkan.

 Rata-rata kata kunci yang dicari di Google adalah mengenai cara dan semakan permohonan, serta syarat kelayakan.

 6. Wordle

Bukan hanya di Malaysia, carian berkaitan Wordle juga ‘trending’ di Ireland, New Zealand, United Kingdom, Kanada dan Australia.

Carian paling popular adalah Wordle The New York Times.

Ia adalah permainan atas talian atau aplikasi bagi meneka perkataan berdasarkan lima huruf.

5. MyUndi

Musim Pilihan Raya Umum ke-15 melonjakkan carian kata kunci MyUndi di Malaysia.

MyUndi adalah laman sesawang yang dibangunkan oleh REV Media Group, Media Prima Berhad bagi mendapatkan keputusan terkini dan perkembangan PRU-15.

4. Keputusan PRU-15

Dan sudah pasti, PRU-15 adalah antara peristiwa bersejarah Malaysia bagi tahun 2022.

Atas faktor itu, carian kata kunci keputusan PRU-15 popular menerusi Google bagi mendapatkan keputusan terkini.

3. World Cup

Raja segala sukan dan kejuaraan paling berprestij bola sepak, menjadikan carian Piala Dunia turut menjadi tumpuan di Malaysia.

Dengan pelbagai aksi dan kejutan, Argentina muncul juara Piala Dunia selepas 36 tahun setelah menewaskan Perancis menerusi sepakan penalti.

2. MySPR Semak

Juga berkaitan PRU-15, carian MySPR Semak mula mendapat momentum di enjin carian Google selepas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan tarikh pilihan raya.

Dalam tempoh sebulan, data menunjukkan lonjakan berkaitan carian berkenaan dengan kemuncaknya pada sekitar 19 November.

1. Bantuan Keluarga Malaysia (BKM)

Mengungguli topik carian di Malaysia pada 2022 adalah Bantuan Keluarga Malaysia (BKM).

Carian mengenai topik ini menerusi Google berlangsung sepanjang tahun dengan paling tinggi dicatatkan pada April, dengan carian kaitan mengenai permohoan, semakan, rayuan serta syarat kelayakan.

Bagi menyingkap kembali lebih banyak peristiwa penting 2022.

Jangan ketinggalan bagi menyaksikan program IMBASAN 2022 pada Sabtu, 31 Disember, jam 5.30 petang, hanya di TV3.

 

 

Loading...
Terkini