comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] ‘Trending’ 2022: Tahun 2022 dunia kehilangan tokoh dan figura penting serta dikenali

Tahun 2022 menyaksikan dunia merasai kehilangan, dengan pemergian beberapa tokoh dan figura penting serta dikenali.

Berikut adalah 10 carian tertinggi kategori Dalam Ingatan menerusi Google sepanjang 2022.

10. Betty White

Dikenali menerusi sitkom televisyen The Golden Girls dan The Mary Tyler Moore Show, aktres Betty White meninggal dunia pada 31 Disember 2021, kurang tiga minggu sebelum hari lahirnya yang ke-100.

Carian mengenai White terus melonjak pada Januari, antaranya yang ingin mengetahui tentang punca kematiannya, iaitu strok.

9. Technoblade

Sepertinya di Malaysia ramai yang mengikuti perkembangan YouTuber Minecraft, dikenali dalam dunia digital sebagai Technoblade yang meninggal dunia pada 1 Jun lalu menjadikan cariannya mengenainya berada di kedudukan ke-9.

Technoblade atau nama sebenarnya Alexander, meninggal dunia pada usia 23 tahun setelah berjuang melawan penyakit kanser.

8. Kim Mi-soo

Kematian mengejut aktres Kores Selatan, Kim Mi Soo pada 5 januari lalu, melonjakkan pencarian mengenainya di Google.

Menerusi data, selain mengikuti perkembangan, ramai yang ingin mengetahui punca kematian bintang drama Snowdrop itu.

7. Samy Vellu

Tokoh politik yang banyak menabur jasa kepada Malaysia, Tun Dr S Samy Vellu meninggal dunia pada 15 September pada usia 86 tahun.

Menerusi Google, kata kunci perkembangan ini bnyak dicari di Perak, Kuala Lumpur, Pulau Pinang dan Selangor.

6. Aaron Carter

Kematian Aaron Carter, adik kepada penyanyi Backstreet Boys, Nick Carter, pada 5 November lalu antara yang mendapat perhatian carian di Malaysia.

Aaron yang meninggal dunai pada usia 34 ditemukan mati di kediamannya di Lancaster, California.

5. Shinzo Abe

Serangan tembakan di Nara yang meragut nyawa bekas Perdana Menteri Jepun, Shinza Abe pada 8 Julai, sememangnya mengejutkan dunia.

Abe, 67 tahun, ditembak ketika beliau sedang berucap.

4. Syazlin Zainal

Pelakon dan selebriti media sosial, Syazlin Zainal meninggal dunia di usia 26 tahun, pada 10 November lalu.

Punca kematiannya disahkan akibat terjatuh dari tingkat 22 sebuah pangsapuri di Johor Bahru.

3. TangMo

Kematian pelakon terkenal Thailand, Tangmo Nida akibat terjatuh dari bot laju pada 24 Februari lalu sebenarnya masih menimbulkan banyak persoalan.

Carian kata kunci mengenai Tangmo antara yang tertinggi adalah di Kelantan, Terengganu, Sabah dan Perlis.

2. Adibah Noor

Penanyi lagu Terlalu Istimewa, Adibah Noor, 52 tahun, meninggal dunia di Hospital Gleneagles akibat kanser ovari.

1. Queen Elizabeth

Carian berkaitan Ratu Elizabeth II menerusi Google dalam kalangan rakyat Malaysia, melonjak pada September pada ketika kemangkatan baginda diumumkan Istana Buckingham pada 8 September.

Bagi menyingkap kembali peristiwa penting 2022… Jangan ketinggalan bagi menyaksikan program IMBASAN 2022 pada Sabtu, 31 Disember, jam 5.30 petang, hanya di TV3.

 

Loading...
Terkini