comscore
Tumpuan :
Nasional

Video tular penderaan kanak-kanak autisme, kes lama berlaku Jun lalu

Foto hiasan

PADAWAN: Video tular yang memaparkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) seorang kanak-kanak autisme didera adalah kes lama yang berlaku pada Jun lalu.

Ketua Polis Daerah Padawan, Superintendan Mohd Irwan Hafiz Md Radzi berkata, kes itu sudah selesai dan suspek sudah dituduh di mahkamah.

Katanya suspek seorang wanita berusia 29 tahun adalah pekerja di pusat jagaan kanak-kanak berkenaan.

“Kejadian asal berlaku pada 18 Jun 2024 di sebuah pusat jagaan kanak-kanak, Jalan Batu Kawa.

“Suspek sudah ditangkap dan dituduh di Mahkamah Majistret Kuching pada 1 Ogos lalu,” katanya yang dihubungi Harian Metro, hari ini.

Mohd Irwan berkata kes disiasat di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini