comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Wanita patah tulang belikat, dihempap papan iklan 

 

JERANTUT: Seorang wanita cedera apabila dihempap papan iklan besar di persimpangan lampu isyarat Tok Gajah, Jalan Jerantut-Maran petang semalam.

Ketua Polis Daerah Jerantut Superintendan Azman Mat Kamis berkata, ketika kejadian mangsa, G Muniammah, 57, yang menunggang motosikal sedang melalui persimpangan itu sebelum tiba-tiba papan iklan besar melayang serta menghempap mangsa.

“Ketika kejadian, berlaku hujan lebat dan angin kencang di kawasan itu,” katanya melalui kenyataan media di sini, hari ini.

Jelas Azman lagi mangsa mengalami kecederaan di dahi dan mata dihantar ke Hospital Jerantut untuk rawatan lanjut.

“Mangsa yang juga seorang pekerja Alam Flora turut patah tulang belikat akibat kejadian itu dan keadaannya dilaporkan stabil,” katanya.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini