comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Wanita warga emas dilarikan penyamun kereta


KUANTAN: Seorang warga emas mengalami detik cemas apabila dia terperangkap selepas kenderaan dinaikinya dilarikan penyamun, di sebuah stesen minyak di Semambu di sini.

Ketika kejadian mangsa, Napisah Muhammad, 66 tahun berada di tempat duduk hadapan penumpang.

Menurut pesara guru itu, dalam kejadian kira-kira jam 3:10 petang semalam, dia bersama suami Mohamed Halim, 77 tahun dan anak perempuan mereka, Norhalina, berhenti mengisi petrol di stesen minyak terbabit.

Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) kejadian turut tular di media sosial.

Katanya ketika kejadian suaminya ke tandas, manakala anak perempuannya keluar dari kereta itu.

Ketika mangsa yang berasal dari Sentul, ibu negara itu menunggu dalam kereta, seorang lelaki menghampiri dan tiba-tiba masuk ke dalam kenderaan.

Suspek kemudian bertindak memecut laju kenderaan dengan mangsa tidak sempat keluar dari kereta.

Tambahnya, dia ditinggalkan di tepi jalan kira-kira 300 meter dari lokasi kejadian.

Susulan kejadian itu, pemilik kereta terbabit membuat laporan di balai polis berhampiran.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini