comscore
Tumpuan :
Nasional

Wahid Satay meninggal dunia pada usia 93 tahun

Wahid Satay meninggal dunia pada usia 93 tahun di kediamannya di Singapura, kira-kira jam 8 pagi ini.

KUALA LUMPUR: Seniman legenda, Wahid Satay  atau Abdul Wahid bin Ahmad meninggal dunia pagi ini di Singapura.

Allahyarham menghembuskan nafas terakhir pada usia 93 tahun,  kira-kira jam 8 pagi ini.

Berita pemergiannya disahkan teman rapat arwah, Rusedah Tawahid di Singapura.

“Saya mendapat perkhabaran arwah meninggalkan dunia, pagi ini.

“Seperti yang diketahui, arwah memang uzur, keadaannya juga agak lemah akibat sakit tua.

“Namun saya tidak dapat memastikan punca kematian Seniman Legenda ini,” katanya kepada BH Online.

Terdahulu, tersebar berita dalam kumpulan WhatsApp tanpa disebutkan secara terperinci.

“Assalamualaikum. Dukacita dimaklumkan, dunia seni kehilangan seorang lagi bintang nostalgia, Seniman Wahid Satay atau Abdul Wahid bin Ahmad kembali ke rahmatullah sekitar jam 8 pagi pada 22 Mei 2023 di Singapura pada usia 93 tahun.

“Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya, Aamiin. Al-Fatihah,” kata kenyataan itu.

Loading...
Terkini