comscore
Tumpuan :
Nasional

Wakil rakyat, NGO main peranan penting salurkan bantuan

Oleh: Zulfakhri Shamsul Ariffin

KUALA LUMPUR: Wakil rakyat berperanan penting untuk bekerjasama dengan pihak badan bukan kerajaan (NGO) dalam menyalurkan bantuan kepada golongan yang memerlukan.

Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Johari Abdul Ghani, berkata pihak NGO lebih mudah mendapatkan sumbangan daripada entiti yang ingin menyumbang tanpa mempolitikkannya.

“Penting peranan wakil rakyat ini untuk kita bergerak bersama-sama NGO.

“NGO ni kadang-kadang ia lebih mudah mendapat bantuan ataupun sumbangan daripada entiti-entiti yang ingin menyumbang tetapi dia tidak mahu berdasarkan politik.

“Jadi kita ini (wakil rakyat) sebagai pengantara sahaja untuk dia cari, kalau katakan dia nak orang-orang yang terdiri daripada asnaf dan orang susah, kita tahu di mana mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas merasmikan program “Jelajah Peduli Ummah: Program Ummah Bantu Ummah Sejahtera Insan Al-Falah” di Flat Desa Pandan di sini hari ini.

Tambahnya, pihak wakil rakyat mempunyai senarai penduduk yang telah disaring dan menerima bantuan.

Terdahulu, beliau menyampaikan kotak bantuan dan pek makanan yang disediakan oleh dapur bergerak Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) kepada penduduk.

Kotak bantuan itu telah diagihkan kepada 210 keluarga yang memerlukan di kawasan berkenaan.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini