comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Waktu operasi LRT, MRT, Monorel terpilih dilanjutkan sehingga 1.30 pagi Sabtu ini

FOTO: Arkib NSTP

KUALA LUMPUR: Beberapa stesen rel terpilih akan dilanjutkan waktu operasinya sehingga 1.30 pagi pada Sabtu (15 April) ini, bagi memenuhi keperluan warga kota yang ingin membuat persiapan akhir untuk menjelang Aidilfitri.

Rapid Rail Sdn Bhd dalam kenyataan hari ini memaklumkan stesen terbabit bagi Aliran Transit Ringan (LRT) laluan Ampang atau Sri Petaling ialah stesen Masjid Jamek, manakala laluan LRT Kelana Jaya ialah Masjid Jamek dan KLCC.

Bagi laluan Monorel pula, membabitkan stesen Bukit Bintang, Raja Chulan, Medan Tuanku dan Chow Kit sementara Transit Aliran Massa (MRT) laluan Kajang hanya di stesen Bukit Bintang.

Perkhidmatan bas perantara LRT 11 turut dilanjutkan bagi membolehkan pengguna mengakses ke stesen-stesen berkenaan susulan penutupan enam stesen LRT Laluan Ampang atau Sri Petaling.

“Stesen sambungan turut dilanjutkan bagi membawa penumpang ke destinasi akhir manakala stesen lain akan menamatkan operasi seperti biasa, tetapi penumpang masih boleh keluar dari stesen berkenaan bagi meneruskan perjalanan.

“Warga kota disaran menggunakan pengangkutan awam hujung minggu ini bagi mengurangkan kesesakan lalu lintas dalam pusat bandar,” menurut kenyataan itu, hari ini.

Penumpang juga diminta menggunakan kad Touch ‘N Go atau membeli token perjalanan pulang lebih awal untuk memudahkan perjalanan.

Loading...
Terkini