comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Wan Azizah, Rose BLACKPINK bicara isu kesihatan mental di APEC

PETALING JAYA: Isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail bersama bintang K-Pop Blackpink, Rose antara panel forum kesihatan mental dan kecerdikan buatan (AI) sempena Sidang Kemuncak Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik (APEC), di San Francisco, Amerika Syarikat yang berakhir, Sabtu lalu.

Turut sama dalam sesi perbincangan itu ialah Ketua Pegawai Eksekutif Apple, Tim Cook serta Gabenor Kesihatan AS, Vivek Murthy.

Acara ini bertujuan memberi kesedaran kepada penduduk dunia bahawa individu terkenal juga bergelut dengan perjuangan emosi.

“Kita tidak boleh bergantung kepada teknologi, tetapi perlu ada ‘human touch’ kerana kita hidup dalam dunia alam maya yang kita mahu tunjukkan bahawa kita mempunyai hidup yang sempurna, seperti mengambil gambar dan tersenyum lebar tetapi hakikat sebenar sebaliknya,” kata Dr Wan Azizah.

Rose Blackpink yang mempunyai 75 juta pengikut di Instagram turut mengakui dirinya sendiri berdepan cadaran untuk menangani komen negatif daripada netizen.

“Ya, saya tidak rasa ini adalah normal dan cukup dengan tidak meluahkah isi hati kita dari semasa ke semasa,” kata Rose Blackpink.

Pada forum sama, Dr Wan Azizah  turut mempersoal Cook mengenai teknologi Apple dalam melindungi maklumat orang ramai.

Cook bagaimanapun berkata, syarikat gergasi itu sentiasa meletakkan isu terbabit sebagai asas hak asasi manusia.

Acara kesedaran kesihatan mental itu diadakan di kampus Apple Park di Cupertino, California dan dihoskan Wanita Pertama AS Jill Biden.

Loading...
Terkini