comscore
Tumpuan :
Nasional

Wanita berendam dalam sungai pesakit psikiatri

Foto hiasan

SEGAMAT: Wanita dewasa yang dilihat ‘berendam’ dalam Sungai Segamat oleh orang awam pada 26 Mei lalu sebenarnya adalah pesakit psikiatri.

Ketua Polis Daerah Segamat, Superintendan Ahmad Zamry Marinsah berkata wanita terbabit usia 39 tahun dilihat berenang lebih sejam dalam Sungai Segamat mulai jam 6 petang oleh orang awam di sini.

Wanita itu diselamatkan oleh anggota Jabatan Bomba Penyelamat Malaysia (JBPM) Segamat dan polis setelah dimaklumkan mengenai kejadian itu.

Wanita terbabit kemudian dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Segamat untuk diambil keterangan pada jam 7.30 malam.

“Wanita itu turut mendakwa tidak menemui jalan pulang ke Pusat Perlindungan Rumah Kasih Sayang Kampung Tengah di sini,” katanya dalam satu kenyataan.

Selesai proses  merakam percakapan wanita terbabit, dia kemudian dibawa ke Pusat Perubatan Hospital Daerah Segamat (HDS) untuk pemeriksaan kesihatan.

Kehilangannya disahkan oleh seorang ahli keluarga terdekat dan pihak pusat perlindungan Rumah Kasih Sayang di sini.

Dalam keterangannya, dia turut mendakwa terjatuh ke dalam sungai itu ketika dia mencari jalan untuk pulang ke pusat perlindungan itu.

Dia turut mendakwa tidak dibayar gaji oleh majikannya selama dua bulan.

Loading...
Terkini