comscore
Tumpuan :
Nasional

Wanita Cedera Dicakar Harimau Akar

Oleh Fazli Ahmad

LIPIS: Seorang wanita cedera dicakar harimau akar selepas haiwan liar itu memasuki rumah mangsa di Kampung Sentang Pagar Sasak, Padang Tengku.

Kejadian berlaku kira-kira jam 6:30 petang semalam.

Ketika itu, mangsa Faridah Ishak, 58 yang mengalami strok sedang terbaring di atas katil.

Ketua Polis Daerah Lipis, Superitendan Azli Mohd Noor berkata, haiwan liar itu dipercayai memasuki rumah mangsa melalui pintu hadapan dan menyedari kehadiran tetamu tidak diundang itu suami mangsa cuba mengusir harimau itu.

“Bagaimanapun harimau itu melompat ke atas katil dan mencakar wanita terbabit.” katanya ketika dihubungi tv3.

Azli berkata, sebaik kejadian itu disedari anak saudara mangsa segera menghubungi Jabatan Bomba dan Penyelamat serta Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN).

Katanya, sebelum bomba tiba, penduduk kampung bertindak mengepung harimau di bawah rumah mangsa.

Menurut, PERHILITAN tiba di lokasi kejadian jam 8 malam bertindak menembak harimau itu ubat pelali.

Faridah cedera ringan dikejarkan ke klinik kesihatan padang tengku untuk rawatan lanjut.

Loading...
Terkini