comscore
Tumpuan :
Nasional

Wanita cedera kereta dihempap pokok

Foto Ihsan JBPM Kedah

Oleh: Kumaran Rajamoney

KULIM: Seorang wanita mengalami pendarahan dan patah tangan akibat tersepit di dalam kereta yang dihempap pokok di Jalan Terap, Sungai Tengas di sini, pagi tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Serdang, Penolong Penguasa Bomba Mohd Faiz Helmi berkata, Pusat Gerakan Operasi menerima panggilan kecemasan pada jam 8.22 pagi.

Ketika kejadian, mangsa Rofizah Yusof, 58 bersama suami Ahmad Termizi Hashim, 51 terperangkap apabila sebatang pokok di tepi jalanraya tumbang melintang dan menghempap kereta mereka.

“Anggota diarahkan untuk menstabilkan kecederaan mangsa yang mengalami pendarahan di bahagian tangan serta mengeluarkan mangsa dengan menggunakan peralatan khas, gergaji berantai, cutter dan spreader hydraulic.”

“Mangsa berjaya dikeluarkan dan diberikan rawatan awal di tempat kejadian, seterusnya dibawa ke Hospital Kulim dengan Jentera Perkhidmatan Bantuan Kecemasan Perubatan untuk rawatan lanjut,” katanya.

Loading...
Terkini