comscore
Tumpuan :
Nasional

Wanita dakwa jalani pembedahan payudara dengan doktor tanpa tauliah  

KUALA LUMPUR: Seorang wanita tampil mendakwa ditipu oleh doktor palsu selepas menjalani pembedahan payudara di sebuah klinik estetik di ibu kota hingga menyebabkannya kerugian RM25,000.

Pertubuhan Kemanusiaan Masyarakat Antarabangsa Malaysia (MHO) menerusi satu kenyataan memaklumkan pihaknya menerima aduan daripada mangsa yang berusia 33 tahun.

Jelas Setiausaha MHO, Datuk Hishamuddin Hashim wanita itu dikatakan terpengaruh dengan iklan ditawarkan klinik berkenaan melalui Facebook yang menyatakan klinik tersebut memiliki lesen sah.

Namun masalah mula timbul selepas pengadu berasa sakit di bahagian dada selepas menjalani pembedahan terbabit dua tahun lalu.

“Mangsa kemudian telah berjumpa dengan seorang doktor pakar yang menasihatkannya untuk melakukan semakan pembedahan dan penukaran implan akibat pembedahan itu.

“Disebabkan kesakitan yang dialami, pengadu mengesyaki doktor yang telah melakukan pembedahan (payudara) itu tiada tauliah,” katanya.

Tambahnya pengadu kemudian membuat aduan kepada Persatuan Perubatan Malaysia dan mendapati doktor terbabit tidak mempunyai lesen atau kelayakan yang sah.

Pengadu turut membuat aduan kepada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan juga laporan polis.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini