Tumpuan :
Nasional

Wanita dihanyutkan arus deras di Sungai Sedim ditemui lemas

FOTO: JBPM

KULIM: Wanita yang dihanyutkan arus deras akibat kepala air di Sungai Sedim, di sini, hari ini ditemui lemas.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kulim Hi Tech, Penolong Kanan Penguasa Bomba Azmir Hassan berkata, mangsa ditemui orang awam bersama anggota bomba sewaktu pencarian di sepanjang tebing sungai itu pada jam 5.50 petang tadi.

Beliau berkata, mangsa, A Kasthuri, 41, ditemui di kawasan Lubuk Buluh iaitu kira-kira satu kilometer dari lokasi mangsa dilaporkan hilang.

FOTO: JBPM

“Mangsa disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Media sebelum ini melaporkan, seorang wanita dikhuatiri lemas akibat dihanyutkan arus deras dipercayai kepala air di Taman Eco Rimba, Sungai Sedim, di sini hari ini.

FOTO: JBPM

Mangsa dipercayai bersama keluarga sedang berkelah dan riadah sempena cuti Deepavali sebelum secara tiba-tiba muncul kepala air dan mangsa tidak sempat menyelamatkan diri.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini