comscore
Tumpuan :
Nasional

Wanita diraba dalam kolam taman tema

Foto hiasan

KUALA LANGAT: Kes pengurus pemasaran yang mendakwa dicabul seorang penyelamat di sebuah taman tema di Saujana Putra, dekat sini, baru-baru ini sedang dalam siasatan polis.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Ahmad Ridhwan Mohd Nor @ Saleh berkata, pihaknya menerima laporan daripada seorang wanita tempatan berusia 28 tahun pada 18 Mei lalu.

“Siasatan mendapati, kejadian berlaku pada 13 Mei, kira-kira jam 10.30 pagi yang mana mangsa mendakwa diraba di bahagian payudara semasa berada di dalam kolam taman tema air berkenaan.

“Menurut mangsa, kejadian berlaku semasa dia menuruni gelongsor dan apabila sampai di dalam kolam, seseorang menarik dan menyentuh di bahagian depan badan serta payudara semasa dia masih berada di dalam air,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Ahmad Ridhwan berkata, susulan itu pihaknya membuka satu kertas siasatan bagi menyiasat dakwaan yang dibuat oleh mangsa.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan atas kesalahan mencabul yang memperuntukkan penjara maksimum 10 tahun atau denda atau sebatan atau mana-mana jika disabitkan kesalahan,” katanya.

Mana-mana individu yang menjadi saksi kejadian diminta tampil ke balai polis berhampiran bagi menyalurkan maklumat dan boleh menghubungi bilik gerakan IPD Kuala Langat (03-31872222).

Loading...
Terkini