comscore
Tumpuan :
Nasional

Wanita hamil mangsa bunuh dan bakar, selamat dikebumi

Oleh Nurul Amalina Zainudin

PETALING JAYA: Jenazah wanita hamil empat bulan yang dibunuh dan dibakar Isnin lalu selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Baru Nelayan, Sungai Besar, malam tadi.

Majlis pengebumian yang bermula sekitar jam 8 malam itu dihadiri ribuan orang terdiri daripada ahli keluarga, sahabat, jiran dan penduduk kampung.

Terdahulu, mayat wanita berusia 21 tahun itu selesai menjalani proses bedah siasat di Hospital Sungai Buloh petang semalam.

Jenazah kemudian dibawa dengan kenderaan Unit Khas Van Jenazah (UKVJ) dan tiba sekitar jam 7.23 malam.

Media sebelum ini melaporkan, mayat mangsa ditemukan dalam keadaan terbakar di kawasan belukar kebun kelapa sawit Jalan Sungai Limau, Isnin lalu.

Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Superintendan Agus Salim Mohd Alias, memaklumkan keputusan bedah siasat mendapati punca kematian adalah kerana tikaman di dada pada badan yang melecur.

Loading...
Terkini