comscore
Tumpuan :
Kes

Wanita hamil maut ditangan kekasih, anak yatim piatu

SUNGAI BESAR: Penemuan mayat wanita hamil yang dibunuh dan dibakar oleh kekasihnya dalam kawasan belukar kebun kelapa sawit di Jalan Sungai Limau semalam adalah anak yatim piatu dan disifatkan jirannya sebagai pendiam.

Menurut jiran, mengenali mangsa sebagai individu yang tidak banyak bercakap dan wanita berusia 21 tahun berkenaan kehilangan ibunya yang meninggal dunia tahun lalu, manakala bapanya pula meninggal setahun sebelum itu,

“Kedua-dua ibu dan bapanya meninggal dunia disebabkan masalah kesihatan. Saya bukan sahaja terkejut, malah seakan-akan tidak percaya dengan tragedi menyayat hati ini.

“Sebagai jiran, saya sangat mengenalinya. Bila gambarnya tersebar di laman sosial, kami seolah-olah tidak percaya kejadian yang menimpanya,” menurut jiran yang enggan namanya disiarkan, ketika ditemui, hari ini.

Jiran berkenaan memaklumkan, mangsa menyewa kediaman di taman perumahan sama dengannya sejak lebih 10 tahun lalu.

“Dia tinggal bersama dua adik beradiknya di rumah berkenaan. Hanya keluar untuk bekerja dan adik-beradiknya juga sudah bekerja,” katanya.

Menurutnya, semua ahli keluarga mangsa dipercayai berkumpul di Hospital Sungai Buloh untuk proses menuntut jenazah.
Terdahulu, media melaporkan, mangsa ditemui dalam keadaan terbakar oleh orang awam di kawasan belukar kebun kelapa sawit.

Difahamkan, kejadian berpunca apabila suspek lelaki berusia 20 tahun mahu merahsiakan kehamilan selepas melakukan hubungan sulit dengan mangsa.

Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Superintendan Agus Salim Mohd Alias, dilaporkan berkata polis menahan suspek yang terbabit dalam kejadian itu di kawasan Sungai Besar.

Loading...
Terkini