comscore
Tumpuan :
Nasional

Wanita Indonesia ditemukan maut dengan kesan kecederaan

PETALING JAYA: Seorang wanita dipercayai warga Indonesia ditemukan maut dengan kesan kecederaan di badannya di tepi tangga berhampiran lif di tingkat lima Blok 5, Desa Mentari di sini, pagi ini.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu pada 6.30 pagi tadi.

Beliau berkata, sebaik tiba di lokasi, polis menemukan wanita dipercayai berusia awal 20-an dalam keadaan berlumuran darah di tepi tangga lif Blok 5, Desa Mentari.

Menurutnya, kecederaan dialami mangsa tidak dapat dipastikan lagi dan pihaknya menunggu pasukan forensik dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor untuk menjalankan siasatan.

“Setakat ini, suspek belum dikenal pasti dan kita meminta sesiapa yang menyaksikan kejadian itu diminta tampil ke balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.

“Kita juga akan membuat pemeriksaan kamera litar tertutup (CCTV) bagi menjalankan siasatan lanjut.

“Kita juga akan merakam keterangan bagi mengesan suspek yang terbabit dalam kejadian ini,” katanya kepada Harian Metro, hari ini.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini