Tumpuan :
Nasional

Wanita jatuh bangunan ditemukan maut di Bukit Bintang

Anggota bomba menurunkan wanita yang maut selepas terjatuh dari bangunan Pavilion Suite bersebelahan pusat beli belah terkenal di Jalan Bukit Bintang, di sini, hari ini. Foto Ihsan bomba

KUALA LUMPUR: Seorang wanita maut selepas terjatuh dari bangunan bersebelahan pusat beli-belah terkenal di Jalan Bukit Bintang, di sini, hari ini.

Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) menerima panggilan kecemasan pada jam 3.57 pagi dan menghantar sepasukan anggota ke tempat kejadian.

Komander Operasi JPBM, Md Fuad Selamat berkata, seramai 16 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pudu dibantu BBP Jalan Hang Tuah ke lokasi.

Beliau berkata, setibanya di lokasi kejadian, seorang wanita terjatuh di atas bumbung bangunan dari tingkat yang tidak dikenal pasti.

“Mangsa dikeluarkan pada jam 7.48 pagi dengan bantuan skylift pihak bangunan sebelum anggota bomba menurunkan mangsa ke bawah dengan selamat,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Jelasnya, mangsa disahkan meninggal dunia oleh pihak Kementerian Kesihatan dan seterusnya diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini