comscore
Tumpuan :
Nasional

Wanita mangsa ‘phone scam’, rugi lebih RM100,000

Lee (tengah) bersama Michael (kanan) dan Chai pada sidang media di Pejabat MCA, Kuala Lumpur. -FOTO: NSTP

KUALA LUMPUR: Seorang wanita yang juga peniaga dalam talian kerugian RM131,500 selepas menjadi mangsa penipuan panggilan telefon.

Dia bukan sahaja kehilangan wang simpanan, malah terpaksa menanggung hutang pinjaman peribadi .

Malah, wanita itu juga dijanjikan menerima semula wang yang diberikan kepada sindiket berserta ganjaran  RM200,000.

Wanita dikenali sebagai Lee berusia 46 tahun itu berkata, dia menerima panggilan telefon daripada individu mendakwa daripada Tenaga Nasional Berhad (TNB) bernama Sarjan Albert Lai, 8 Februari lalu yang memaklumkan bekalan tenaga elektrik bagi premis dimiliki di Terengganu akan ditamatkan.

“Walaupun sudah memaklumkan bahawa saya tidak pernah memiliki premis di Terengganu, individu terbabit menyambung panggilan dengan seorang individu mendakwa sebagai pihak polis dari Bukit Aman bernama Zul Ghaffar yang menyatakan saya terbabit dengan kegiatan wang haram.

“Menurutnya, saya perlu membayar RM40,000 sekiranya tidak mahu ditahan. Akibat panik, saya membuat pembayaran itu ke dalam satu akaun bank milik seorang lelaki. Saya kemudian dihubungi Sarjan Albert pada 16 Februari lalu yang meminta saya membayar wang jaminan sebanyak RM20,000 yang dibayar ke dalam dua akaun.

“Selepas membuat pembayaran kedua itu, dia ada menghantar satu surat didakwa dari Mahkamah Tinggi serta resit pembayaran.

Bagi tempoh 20 hingga 28 Februari lalu, saya ada memasukkan wang sebanyak RM40,000 ke dalam empat akaun bank berbeza milik empat individu,” katanya ketika ditemui pada sidang media di Pejabat MCA, di sini, hari ini.

Lee berkata, dia dihubungi seorang individu mendakwa sebagai pegawai polis bernama Inspektor Herman pada 18 hingga 24 Mac lalu dengan mengarahkan mangsa supaya membuat pinjaman peribadi dengan pihak bank kononnya untuk siasatan kes dihadapinya.

“Menurut Tuan Herman, pinjaman itu dapat membantu siasatan mengesan dalang yang menggunakan nama saya bagi kegiatan wang haram dan boleh menyaman semula individu terbabit. Malah, dia mendakwa saya akan mendapat ganjaran RM200,000 sebaik siasatan selesai.

“Saya tanpa ragu terus membuat pinjaman peribadi sebanyak RM38,000 daripada pihak bank dan menyerahkan wang itu ke dalam akaun bank diarahkannya. Saya hanya menyedari ditipu selepas tidak dapat menghubungi Tuan Herman tiga hari selepas pembayaran wang berkenaan,” katanya yang membuat laporan di Balai Polis Kepong, di sini,  14 Mei lalu.

Sementara itu,

Lee (tengah) bersama Michael (kanan) dan Chai pada sidang media di Pejabat MCA, Kuala Lumpur. -FOTO: NSTP

berkata, pihaknya menerima enam kes penipuan panggilan telefon membabitkan kerugian berjumlah lebih RM500,000 bagi tempoh Januari lalu hingga hari ini.

“Modus operandi sindiket penipuan ini tidak banyak berubah dari dulu hingga sekarang. Mereka akan hubungi mangsa mengaku daripada pihak bank atau lain-lain sebelum disambungkan panggilan kepada pihak didakwa daripada pihak polis dengan dakwaan mereka terbabit dengan kegiatan wang haram sebelum digertak akan didakwa di mahkamah atau dipenjara .

Justeru, saya menasihatkan supaya orang ramai tidak ‘melayan’ panggilan mendakwa daripada pihak berkuasa atau mana-mana pihak yang tidak dipastikan kesahihannya,” katanya ketika pada sidang media sama.

Loading...
Terkini