Tumpuan :
Nasional

Wanita maut, 5 parah dalam kemalangan 2 kenderaan

Anggota bomba membantu mangsa kemalangan dua buah kenderaan di Jalan Ayer Hitam-Kluang, malam tadi. – Foto: Ihsan JBPM

BATU PAHAT: Seorang maut manakala lima lagi parah dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan di Taman Bahagia, Jalan Ayer Hitam-Kluang, malam tadi.

Mangsa yang maut di tempat kejadian adalah wanita dewasa yang tersepit dalam kereta Proton Saga manakala empat termasuk bayi lelaki dalam kenderaan itu parah dalam kemalangan sekitar jam 10 malam. Pemandu Toyota Avanza, seorang lelaki dewasa cedera parah.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Ayer Hitam, Isyadi Dani berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 10.14 malam sebelum menggerakkan enam anggota ke lokasi.

“Pasukan Keluaran Operasi (PKO) menggunakan peralatan khas untuk mengeluarkan mangsa tersepit manakala mangsa cedera diberi rawatan awal di tempat kejadian sebelum diserahkan kepada pasukan perubatan,” katanya.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini