comscore
Tumpuan :
Nasional

Wanita maut dalam kemalangan dua kereta

Foto ihsan bomba

PENDANG: Seorang wanita maut dalam kemalangan membabitkan dua buah kereta berhampiran Petronas Bukit Sekechong, di sini hari ini.

Dalam kejadian itu, mangsa yang berusia 56 tahun disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Ketua Zon 1, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Penguasa Kanan Bomba I, Ahmad Aminuddin Abd Rahim berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kemalangan itu pada jam 12.50 tengahari.

Ahmad Aminuddin berkata, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pendang yang diketuai Pegawai Bomba Kanan (PBK) I, Mohd Rodzuan Omar tiba di lokasi bersama tujuh anggota.

“Setibanya di lokasi didapati kemalangan itu membabitkan dua buah kereta iaitu Perodua Axia dan Perodua Myvi.

“Terdapat enam mangsa dalam dua buah kenderaan itu dan pemandu lelaki berusia 50-an dari salah sebuah kereta yang terbabit didapati tersepit di tempat duduk pemandu.

“Anggota Bomba berjaya mengeluarkan mangsa yang tersepit menggunakan peralatan khas dan dibawa ke hospital berhampiran untuk mendapatkan rawatan.

“Tiga mangsa lain iaitu seorang lelaki dan wanita masing-masing berusia 50-an dan seorang kanak-kanak yang cedera dihantar ke hospital menggunakan jentera EMRS manakala seorang lagi kanak-kanak yang cedera menaiki ambulans KKM,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini