comscore
Tumpuan :
Nasional

Wanita maut, kereta bertembung lori

Foto ihsan PDRM

TEMERLOH: Seorang wanita berusia 25 tahun maut apabila kereta Proton Saga yang dipandunya bertembung dengan lori Hicom pada kira kira 6 pagi di KM 29,Jalan Jerantut – Temerloh hari ini.

Wanita yang berasal dari Padang Tengku Lipis dan bekerja sendiri itu mengalami kecederan parah di bahagian kepala, manakala penumpang kereta terbabit turut cedera di bahagian kepala dan dihantar ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah ( HOSHAS) Temerloh untuk rawatan.

Ketua Polis Daerah Temerloh, Asisten Komisioner Mazlan Hassan berkata kemalangan berlaku ketika mangsa sedang memandu dari arah Jerantut menuju ke arah Temerloh.

Katanya, apabila sampai di tempat kejadian, sebuah lori Hicom ang datang dari arah bertentangan telah hilang kawalan dan masuk ke laluan kereta dan melanggar bahagian hadapan Proton Saga.

Akibat dari pelanggaran tersebut, pemandu Proton Saga meninggal dunia di lokasi kemalangan, manakala penumpang yang cedera dibawa ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah Temerloh bagi menerima rawatan lanjut.

Kes disiasat di bawah Seksyen41 (1) AktaPengangkutan Jalan ( APJ )1987.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini