comscore
Tumpuan :
Nasional

Wanita maut kereta hilang kawalan langgar Lori

DUNGUN: Seorang wanita maut selepas kereta yang dipandunya terbabas sebelum melanggar sebuah lori tiga tan dalam kejadian di Dungun, Terengganu, pagi tadi.

Nahas berlaku pada jam 8.50 pagi di KM 74.5 jalan Kuala Terengganu-Kuantan berhampiran persimpangan lampu isyarat Kampung Che Lijah.

Ketua Polis Daerah Dungun Superintenden Baharudin Abdullah ketika dihubungi mengesahkan kejadian dan mangsa dikenali sebagai Safitri Mulyana Mohd, 31 tahun.

Ketika kejadian mangsa yang memandu kereta dari arah Kuala Abang menuju ke Bandar Bukit Besi.

Setiba di lokasi kejadian kereta yang dipandu mangsa secara tiba-tiba hilang kawalan sebelum memasuki laluan bertentangan.

Pada masa yang sama sebuah lori dipandu oleh seorang lelaki berumur 45 tahun dari arah bertentangan bertembung dengan kereta mangsa.

Akibat dari pelanggaran tersebut, mangsa tersepit di bahagian tempat duduk pemandu dan berjaya dikeluarkan tidak lama kemudian oleh sepasukan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Dungun.

Mangsa maut di lokasi kejadian akibat mengalami kecederaan parah di bahagian kepala.

Mayat mangsa kemudiannya diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut sebelum  dibawa ke Unit Forensik Hospital Dungun untuk proses bedah siasat.

Kes akan disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Loading...
Terkini