comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Wanita maut kereta terjunam dalam sungai

 

Oleh: Selwam Arjunan

KEPALA BATAS: Seorang wanita maut dipercayai lemas selepas kereta dipandunya terjunam ke sungai dalam kejadian di Penaga, di sini, pagi tadi.

Komander Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Pulau Pinang, Mohamad Yazi Taib berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 7.39 pagi.

Jentera pertama dari Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Muda dan Pasukan Penyelam Di Air (PPDA) tiba di lokasi di Jalan Lahar Kepar 10 minit kemudian untuk menggerakkan operasi carilamat mangsa.

Pihaknya menemukan kereta Perodua Alza di dasar sungai dan terdapat seorang mangsa dalam kenderaan berkenaan.

Mangsa dapat dikeluarkan dari kenderaan pada jam 9.55 pagi.

Bagaimanapun petugas Kementerian Kesihatan yang turut berada di lokasi mengesahkan mangsa telah meninggal dunia.

Mangsa dikenalpasti sebagai Siti Hawa Mohd Isa, 40 tahun.

Mayat diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini