comscore
Tumpuan :
Nasional

Wanita maut tercampak dari Hilux

BETONG: Seorang wanita maut selepas tercampak keluar dari kenderaan pacuan empat roda jenis Toyota Hilux yang terbabit dalam kemalangan berdekatan simpang masuk ke Lubok Antu, di sini pada jam 9.40 malam tadi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO)Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, mangsa, Rotela Angela Roger disahkan maut di tempat kejadian.

Katanya, mangsa bersama dua yang lain dipercayai dalam perjalanan dari pekan Lubok Antu sebelum kenderaan yang dinaiki hilang kawalan lalu terbabas ke arah bertentangan dan terbalik ke dalam longkang.

“Akibat dari kemalangan tersebut, seorang mangsa iaitu wanita telah tercampak keluar sebelum dihempap oleh kenderaan.

“Dua lagi mangsa iaitu pemandu dan seorang penumpang lelaki berjaya dikeluarkan orang awam sebelum pihak  bomba tiba di lokasi,” katanya menerusi satu kenyataan.

Beliau berkata, pihak bomba terpaksa menggunakan khidmat kereta penunda bagi mengalihkan kederaan pacuan empat roda itu untuk mengeluarkan mangsa yang dihempap oleh kenderaan terbabit.

Jelasnya mangsa telah disahkan meninggal dunia di lokasi oleh pasukan perubatan Kementerian Kesihatan (KKM) yang turut berada di lokasi kejadian.

Mangsa kemudiannya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut manakala mangsa yang cedera dihantar ke Hospital Betong untuk rawatan lanjut.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini