comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Wanita OKU parah dikelar ibu kandung


DUNGUN: Seorang wanita orang kurang upaya (OKU) cedera parah selepas dikelar oleh ibu kandungnya, dengan menggunakan sebilah parang.

Kejadian berlaku di Felda Kerteh 6, Dungun, Terengganu, kira-kira jam 9.00 malam tadi.

Mangsa, berusia  40 tahun, yang juga pesakit mental, mengalami kecederaan parah di bahagian leher dan dada akibat dikelar oleh suspek.

Menurut sumber, ketika kejadian mangsa sedang berada di dalam bilik tidurnya manakala suspek yang berumur tujuh puluh satu tahun bersama dua lagi anaknya berada di kawasan ruang tamu rumah.

Dua anak suspek melihat ibu memasuki bilik tidur mangsa namun tidak mengesyaki apa – apa sebelum terdengar jeritan dan melihat suspek sedang mengelar mangsa.

Kedua-dua anak suspek kemudiannya bertindak merampas senjata yang digunakan suspek sebelum menelefon pihak polis bagi memaklumkan berkenaan kejadian tersebut.

Sementara itu, jiran terdekat yang ditemui terkejut dengan kejadian yang berlaku dan tidak menyangka suspek sanggup bertindak sedemikian terhadap mangsa.

Suspek telah ditahan di kediamannya manakala mangsa telah di hantar untuk menerima rawatan di Hospital Dungun dan keadaannya dilaporkan stabil.

Manakala suspek telah dibawa ke Wad Psikiatri Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ)  Kuala Terengganu.

Kes akan disiasat di bawah seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana sengaja mendatangkan kecederaan dengan menggunakan senjata dan bahan berbahaya.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa

Loading...
Terkini