comscore
Tumpuan :
Nasional

Wanita Thailand maut nahas kereta bertembung lori

Oleh Ezuan Ahmad

DUNGUN : Seorang wanita warganegara Thailand maut selepas kereta yang dipandunya hilang kawalan sebelum bertembung dengan sebuah lori dalam kejadian di KM 80 Jalan Jerangau-Jabor dekat Bandar Bukit Besi, di sini, hari ini.

Dalam kejadian berlaku kira-kira pada jam 2.15 petang itu, mangsa meninggal dunia di lokasi kejadian selepas mengalami kecederaan di bahagian kepala akibat kemalangan tersebut.

Ketua Polis Daerah Dungun, Superintenden Baharudin Abdullah ketika dihubungi mengesahkan mangsa yang maut ialah Aminoh Ismail, 39 yang bekerja sebagai seorang peniaga makanan.

Menurut beliau, sebelum kejadian mangsa dalam perjalanan dari arah Bandar Muktafi Billah Shah, untuk pulang ke kediamannya di Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) di Bandar Bukit Besi.

“Sebaik tiba di satu laluan lurus, kereta jenis Perodua Viva yang dipandu mangsa dikatakan terbabas sebelum memasuki laluan kanan jalan,”

Pada masa yang sama lori yang dipandu oleh seorang lelaki, 32 tahun yang datang dari arah bertentangan tidak sempat mengelak lalu melanggar kereta yang dipandu mangsa.” katanya.

Mangsa yang tersepit di bahagian tempat duduk pemandu telah berjaya dikeluarkan oleh sepasukan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bandar Al Mukhtafi Billah Shah sebelum mayatnya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Mayat mangsa kemudiannya di bawa ke unit forensik Hospital Dungun untuk proses bedah siasat.

Kes akan disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Loading...
Terkini