comscore
Tumpuan :
Nasional

Wanita tidak mahu teman lelaki diambil tindakan

PETALING JAYA: Ketua Polis Daerah (KPD) Subang Jaya dalam satu kenyataan mengesahkan pihaknya telah menerima satu laporan polis yang dibuat oleh seorang wanita yang terbabit dalam video tular mengenai seorang lelaki bergaduh dengannya.

Mengikut kenyataan itu, siasatan polis mendapati kejadian berlaku Khamis lalu pada kira-kira jam 3 petang di kolam renang Kondominium Dlatour, Jalan Taylor, Bandar Sunway.

Siasatan turut mendapati bahawa wanita itu dan lelaki terbabit adalah pasangan kekasih dan bukan warganegara.

Kenyataan itu juga menyebut bahawa wanita terbabit tidak mahu meneruskan kes serta tidak mahu sebarang tindakan diambil terhadap teman lelaki beliau.

Mengikut laporan itu lagi, mangsa juga mengaku tidak mengalami sebarang kecederaan dan tidak mahu mendapatkan rawatan.

Berdasarkan video tular itu, lelaki terbabit dirakam telah mengheret dan cuba melemaskan wanita itu.

Kejadian dipercayai berlaku susulan pertengkaran di antara mereka selepas wanita itu memaklumkan kepada lelaki itu yang juga kekasihnya bahawa dia mengandung dan enggan menggugurkan kandungannya.

Insiden menyebabkan ramai nitezen yang menonton video itu berpendapat tindakan lelaki itu adalah satu bentuk serangan kejam terhadap pasangannya.

Malah mereka juga menggesa supaya laporan polis segera dilakukan dan keselamatan wanita itu dilindungi.

Sementara itu, KPD Subang Jaya dalam kenyataan yang sama berkata pihak polis memandang serius berkenaan kejadian jenayah yang berlaku dan menasihati orang ramai menyalurkan maklumat kejadian jenayah melalui nombor telefon 03-78627100 (Pusat Kawalan Daerah Subang Jaya) untuk tindakan lanjut.

Beliau juga berjanji bahawa segala identiti pemberi maklumat akan dirahsiakan.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini