comscore
Tumpuan :
Nasional

Wanita Vietnam dikhuatiri lemas, terjatuh jambatan

Seorang wanita warga Vietnam dikhuatiri lemas selepas terjatuh dari jambatan di Kilometer 48.5 Lebuhraya Senai-Desaru, Kota Tinggi wal pagi tadi. – FOTO: Bomba Johor

KOTA TINGGI: Seorang wanita warga Vietnam dikhuatiri lemas selepas terjatuh dari jambatan di Kilometer 48.5 Lebuhraya Senai-Desaru di sini, awal pagi tadi.

Komander Operasi Balai Bomba Penyelamat (BBP) Bandar Penawar, Pegawai Bomba Kanan II (PBK II) Mohd Hazmi Zulkafli, berkata pihaknya menerima panggilan kejadian jam 5.19 pagi.

“Seorang wanita berusia 35 tahun warga Vietnam dipercayai jatuh sungai dari jambatan menghala ke Desaru,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, berdasarkan kenyataan seorang saksi yang juga teman mangsa, wanita Vietnam itu meminta diturunkan di tepi jalan kerana ingin melihat kawasan sungai.

“Selepas saksi menghentikan kenderaan, mangsa dikatakan terjatuh sungai dari jambatan itu.

“Operasi mencari giat dijalankan di lokasi, namun mangsa masih belum dijumpai,” katanya.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa

Loading...
Terkini