comscore
Tumpuan :
Nasional

Wanita warga asing antara 11 ditahan kes tawaran kerja palsu, pelaburan tak wujud

Ketua Polis Johor, Komisioner M Kumar

JOHOR BAHRU: Seorang wanita warga asing antara 11 individu disyaki terbabit tawaran kerja palsu dan pelaburan tidak wujud yang ditahan polis dalam serbuan ke dua unit kediaman di bandar raya ini.

Ketua Polis Johor, Komisioner M Kumar, berkata mereka yang ditahan dalam operasi kelmarin berusia 28 hingga 45 tahun turut membabitkan 10 lelaki, termasuk dua warga tempatan.

Beliau berkata, polis turut merampas, antaranya 41 unit telefon bimbit, enam unit komputer dan tiga kad ATM dalam serbuan kira-kira 6 petang itu.

“Siasatan awal mendapati ahli sindiket berkenaan menyasarkan mangsa dari luar negara dengan menggunakan Facebook dan Telegram,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurutnya, sindiket berkenaan dipercayai menggunakan mata wang kripto sebagai medium pembayaran dan turut menawarkan penjualan talian telefon bimbit luar negara.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan,” katanya.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini