comscore
Tumpuan :
Nasional

Wanita warga emas cedera tongkat sisi motosikal tertusuk di betis

Anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang membantu wanita yang cedera dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan di Jalan Thean Teik, Georgetown, hari ini. – FOTO: JBPM

GEORGE TOWN: Anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) mengambil masa lima minit untuk memotong besi tongkat sisi motosikal yang tertusuk di betis wanita dalam kemalangan di Jalan Thean Teik, di sini, hari ini.

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Paya Terubong Muhamad Noor Hisyam berkata, pasukannya dipanggil bagi melakukan tugas khas memotong besi yang tertusuk pada betis mangsa berusia 54 tahun itu.

Beliau berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 8.35 pagi dalam kemalangan di persimpangan lampu isyarat.

“Sebaik tiba di lokasi, didapati kemalangan membabitkan kereta jenis Perodua Myvi dipandu seorang wanita dengan motosikal yang ditunggang mangsa.

“Pemandu kereta berusia 43 tahun tidak mengalami cedera manakala betis kaki kiri seorang wanita didapati tertusuk tongkat sisi motosikal,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Mengulas lanjut Muhammad berkata, pasukan penyelamat bertindak menggunakan peralatan pemotong hidraulik bagi memotong besi berkenaan.

“Mangsa yang cedera diberi rawatan awal oleh petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sebelum dihantar ke Hospital Pulau Pinang (HPP) bagi mendapatkan rawatan lanjut,” katanya lagi.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

 

Loading...
Terkini