comscore
Tumpuan :
Nasional

Wanita warga emas ditemui lemas di Sungai Kedah

FOTO: NSTP

ALOR SETAR: Seorang wanita warga emas ditemui lemas di Sungai Kedah hari ini, selepas tiga jam operasi pencarian.

Mayat Tan joo Kuan, 66, ditemui di dasar Sungai Kedah di Tanjung Chali, di sini pada kedalaman kira-kira enam meter oleh Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Petani dan BBP Jitra.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Penguasa Kanan Bomba I Wan Mohd Hamizi Wan Mohd Zin berkata, mayat mangsa ditemui pada jarak kira-kira 300 meter dari tempat dipercayai terjatuh pada jam 5.51 petang.

Beliau berkata, operasi dilakukan oleh 20 anggota dari BBP Jalan Raja dan PPDA BBP Jitra serta Sungai Petani serta menggunakan dua buah bot.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini