comscore
Tumpuan :
Nasional

Wanita warga emas rentung dalam kebakaran di Sibu


FOTO: PGO JBPM Sarawak

SIBU: Seorang wanita warga emas rentung manakala 19 penghuni lagi terselamat dalam kebakaran yang memusnahkan satu blok rumah persendirian tujuh pintu di Lorong Kwong Tung, Jalan Lanang di sini pagi tadi.

Menurut kenyataan Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak di sini hari ini, mangsa yang maut dikenali Lim Moi Kee, 72,  itu terperangkap dalam kediamannya manakala penghuni lain berjaya keluar menyelamatkan diri.

Kebakaran itu membabitkan tujuh pintu rumah jenis kayu dan lima daripadanya dihuni 20 orang manakala dua pintu lagi tidak berpenghuni.

Pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sibu Sentral dan pasukan bantuan BBP Sungai Merah segera dikerahkan ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan kecemasan pada jam 6.43 pagi.

“Bomba menemui seorang mangsa rentung di depan pintu bilik nombor dua dan diserah kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya,” menurut kenyataan itu.

Operasi pemadaman ditamatkan sepenuhnya jam 9.52 pagi dan punca kebakaran masih disiasat.-BERNAMA

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini