comscore
Tumpuan :
Nasional

Wanita warga Jerman lemas di Pulau Perhentian

Foto hiasan

BESUT: Seorang wanita warga negara Jerman ditemukan lemas selepas mandi di pantai Pulau Perhentian.

Kejadian berlaku dihadapan sebuah resort di Pulau Perhentian Kecil, jam 4.37 petang tadi.

Mangsa dikenali sebagai Loosen Freiling Iris, 74 tahun, dilaporkan mandi bersama suaminya.

Mangsa kemudiannya lemas dan berjaya ditarik suaminya.

Bagaimanapun selepas dibawa ke daratan, mangsa tidak sedarkan diri.

Suami mangsa memberi bantuan pernafasan dan turut dibantu orang awam, namun tidak berjaya.

Mangsa kemudiannya dikejarkan ke Klinik Kesihatan Pulau Perhentian dan disahkan meninggal dunia.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Daerah Besut untuk bedah siasat.

Tiada unsur jenayah dilaporkan dan kes diklafikasikan sebagai mati mengejut.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini