comscore
Tumpuan :
Nasional

Wanita warga Thailand maut, motosikal terbabas 

Motosikal milik mangsa wanita Thailand yang terbabas dalam kemalangan jalan raya di Kilometer 128, Jalan Kuala Lumpur – Kuantan – FOTO: NSTP / Ihsan IPD TEMERLOH

TEMERLOH: Seorang wanita warga Thailand maut dalam kemalangan jalan raya di Kilometer 128, Jalan Kuala Lumpur – Kuantan menghala ke Kuala Lumpur berhampiran dengan Jambatan Kampung Paya Kujan, pada jam 12.05 tengah hari tadi.

Kejadian berlaku apabila penunggang wanita itu dipercayai gagal mengawal motosikalnya lalu terbabas.

Ketua Polis Daerah Temerloh,Asisten Komisioner Mazlan Hassan berkata, mangsa seorang pemastautin tetap yang berusia 41 tahun beralamat di Seberang Temerloh disahkan meninggal dunia oleh petugas perubatan di tempat kejadian.

“Hasil siasatan awal mendapati kemalangan berlaku apabila wanita berkenaan menunggang motosikal jenis Modenas Kriss dari arah Seberang Temerloh menghala ke Mentakab.

“Tiba di tempat kejadian, ketika melalui selekoh susur ke kanan, tiba-tiba mangsa dipercayai telah hilang kawalan dan masuk ke bahu jalan kiri yang tidak berturap lalu terbabas,” katanya di sini hari ini.

Mazlan berkata, mangsa seorang peniaga, meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah.

Katanya, bedah siasat akan dijalankan untuk mengetahui punca kematian, manakala kes akan disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini