comscore
Tumpuan :
Nasional

Warga asing ditahan sembunyi syabu dalam kotak pembesar suara

FOTO: PDRM Tawau

Oleh Safwan Sawi

TAWAU: Seorang lelaki warga asing ditahan Jumaat lalu kerana menyembunyikan lebih dua kilogram dadah jenis syabu di dalam kotak plastik pembesar suara.

Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Jasmin Hussin berkata, suspek berusia 45 tahun ditahan di sebuah rumah di tapak pembinaan di Jalan Bunga Raya oleh sepasukan pegawai dan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tawau pada jam 2 petang.

FOTO: PDRM Tawau

“Pemeriksaan di dalam kotak itu menemui dua paket plastik cerah berisi bahan ketulan hablur jernih disyaki dadah jenis syabu dianggarkan seberat 2,063.93 gram berjumlah RM158,400.

“Suspek bersama barang rampasan dibawa ke BSJN IPD Tawau untuk tindakan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan, di sini, hari ini.

Katanya lagi, hasil saringan ujian air kencing mendapati suspek negatif dadah.

“Suspek direman bermula 1 Jun 2024 untuk siasatan kes mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini