comscore
Tumpuan :
Nasional

Warga asing terbabit pecah cermin kereta di Lebuhraya Utara-Selatan 10 Februari lalu dicekup polis

Oleh: Zahir Senapiah

JOHOR BAHRU: Polis telah menahan seorang lelaki warga asing yang terbabit dalam perbuatan kianat dengan cara memecahkan cermin menggunakan sebatang tongkat sebuah kenderaan warga tempatan, di kilometer 139.6 Lebuhraya Utara-Selatan menghala utara, pada 10 Februari lalu.

 

Ketua polis Johor, Komisioner M.Kumar berkata, lelaki yang berumur 40 tahun itu ditahan pasukan Jabatan Siasatan Jenayah Kontijen Johor kira-kira jam 3.30 pagi tadi, di Genting Highlands, Pahang.

Turut dirampas sebuah kereta yang digunakan lelaki terbabit.

Katanya, siasatan dijalankan dibawah seksyen 427 kanun keseksaan, jika disabitkan kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara maksima lima tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Polis telah mendapat kebenaran mahkamah bagi menahan reman suspek selama 3 hari bermula hari ini.

Tegasnya, kes masih dalam siasatan dan orang ramai diminta tidak membuat sebarang spekulasi.

Dalam satu video  berdurasi 54 saat yang tular baru-baru ini, seorang lelaki yang menaiki sebuah kenderaan menggunakan nombor pendaftaran dari Singapura dilihat bertindak memecah cermin belakang sebuah kenderaan warga tempatan menggunakan sebatang tongkat.

Video berkenaan dikongsikan pemilik akaun Facebook Apple Kenzo.

Siasatan awal polis mendapati kejadian berpunca daripada tindakan mangsa yang menghalang kenderaan suspek melalui lorong kecemasan menyebabkan suspek tidak puas hati lalu keluar daripada kenderaan dan bertindak memecahkan cermin belakang kenderaan mangsa.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini