comscore
Tumpuan :
Nasional

Warga Bangladesh patah kaki, bahu selepas jatuh dalam tangki 

FOTO: Ihsan JBPM Kedah

Oleh: Kumaran Rajamoney 

KULIM: Seorang pekerja warga Bangladesh terjatuh ke dalam tangki sedalam 3.5 meter di sebuah kilang di Kulim Hi-Tech.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kulim Hi-Tech, Penolong Kanan Penguasa Bomba, Azmir Hassan dalam satu kenyataan memaklumkan kejadian dilaporkan sekitar jam 9 malam tadi.

“Pasukan Bomba yang tiba di tempat kejadian mendapati mangsa lelaki berusia 25 tahun itu terjatuh ke dalam tangki sedalam 3.5 meter.

FOTO: Ihsan JBPM Kedah

“Mangsa dipercayai mengalami kecederaan patah kaki dan bahu. Rawatan awal diberikan, sebelum mangsa dikeluarkan menggunakan ‘rope rescue’ dan ‘strecher’,” katanya.

Mangsa seterusnya dirujuk ke Hospital Kulim untuk rawatan lanjut.

Operasi melibatkan sembilan anggota itu tamat sekitar jam 10.20 malam.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini