comscore
Tumpuan :
Nasional

Warga emas 94 tahun dikhuatiri hilang

Foto Ihsan bomba

TUARAN: Seorang warga emas lelaki berusia 94 tahun dikhuatiri hilang selepas keluar dari rumahnya sejak petang, semalam di Kampung Kionsom Baru, Tamparuli di sini.

Mangsa dikenali Sungkit Akup, dilaporkan tidak kembali ke rumah selepas keluar pada jam 5.55 petang oleh ahli keluarganya sebelum memaklumkan perkara terbabit kepada pihak berkuasa.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Daerah Tuaran, Mohamad Nor Amit berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian pada jam 3.02 petang, hari ini.

“Sebaik menerima panggilan itu, sembilan anggota bomba bergegas ke lokasi kejadian beserta satu jentera dan satu Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS)”.

“Pasukan bomba kini berada di lokasi dan operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa giat dijalankan di sekitar lokasi,” katanya.

Mohamad Nor menambah, operasi SAR turut disertai Polis DiRaja Malaysia (PDRM) dan orang awam yang membantu operasi SAR.

“Sebarang perkembangan akan dikemaskini dari semasa ke semasa,” katanya.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa

Loading...
Terkini