comscore
Tumpuan :
Nasional

Warga emas dicekup bawa beg berisi dadah seberat 2.265kg

Oleh: Fazli Ahmad

KUANTAN: Seorang warga emas berusia 63 tahun dicekup bersama dadah jenis heroin seberat kira-kira 2.265 kilogram.

Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Yahaya Othman berkata, lelaki tempatan itu disyaki terbabit dengan kegiatan pengedaran dadah di kawasan felda sekitar Bentong.

Katanya suspek ditahan di tepi Jalan Anggerik Utama, Bentong, kira-kira jam lima pagi, 5 Januari lalu.

Katanya, hasil pemeriksaan beg plastik dibawa suspek, polis menemui lima bungkusan dadah.

“Semua dadah itu dibungkus dalam plastik lutsinar serta setiap satu seberat antara 450 gram dan 1.300 gram,

“Ujian saringan awal terhadap warga emas terbabit juga dapati positif morfin.

“Siasatan awal mendapati bekalan heroin itu diperolehi di ibu negara,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Katanya, suspek direman hingga 12 Januari ini serta disiasat mengikut Seksyen 39B Akta dadah berbahaya 1952.

Loading...
Terkini