comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Warga emas ditahan memandu melawan arus

 

Oleh: Zahir Senapiah

ISKANDAR PUTERI: Polis menahan seorang warga emas yang memandu sebuah kereta secara melawan arus, di kilometer 13.1 Lebuhraya Link Kedua, pada 25 Febuari lalu.

Ketua Polis daerah Iskandar Puteri, ACP Rahmat Ariffin berkata, lelaki berumur 74 tahun itu ditahan di taman Nusa Bayu, Gelang Patah jam 10.49 pagi tadi oleh anggota bahagian siasatan dan penguasaan trafik (BSPT) Iskandar Puteri.

Ia selepas polis mengesan satu video berdurasi 60 saat yang tular sebuah kereta Myvi warna kelabu nombor pendaftaran JWH 8557 yang dipandu melawan arus di lebuhraya berkenaan.

“Hasil siasatan suspek yang berumur 74 tahun dari Segamat dan baru pertama kali tiba di Johor Bahru. Semasa kejadian Suspek dalam perjalanan balik ke rumah kawannya di Nusa Bayu. Suspek tidak tahu selok belok jalan di Johor Bahru dan telah masuk ke jalan yang salah hingga melawan arus,” katanya dalam satu kenyataan.

ACP Rahmat menambah, kes disiasat dibawah seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu cara merbahaya.

Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat boleh menghubungi BSPT Iskandar Puteri di talian 07-5101322.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini