comscore
Tumpuan :
Nasional

Warga emas ditemui meninggal dunia atas bumbung

FOTO: JBPM

AMPANG: Seorang lelaki warga emas ditemui meninggal dunia atas bumbung sebuah bangunan rumah kedai di Taman Pandan Cahaya di sini, malam tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi JBPM Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya menerima panggilan pada jam 7.04 malam.

Beliau berkata, sebuah jentera dengan kekuatan enam pegawai dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Pandan dikejarkan ke lokasi.

“Sebaik tiba, pasukan mendapati seorang lelaki berusia 71 tahun tidak sedarkan diri atas bumbung dan disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan Hospital Ampang.

“Bomba menggunakan jentera Aerial Ladder Platform (ALP) bersama bantuan pasukan polis menurunkan mangsa,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, mayat lelaki itu diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini