comscore
Tumpuan :
Nasional

Warga emas hidap demensia hilang pada 18 Mei, ditemui meninggal dunia

SERIAN: Seorang lelaki warga emas yang dilaporkan hilang pada 18 Mei lalu ditemui meninggal dunia di kawasan Sungai Jeran, Bukit Minampun, Kampung Kakeng di sini.

Mayat mangsa, Dennis Nyawood, 76, ditemui pada jarak kira-kira tiga kilometer daripada rumahnya di kampung terbabit.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata pihaknya menerima panggilan bagi bantuan mengangkat mayat sekitar jam 2.30 petang lalu mengarahkan lima anggota untuk ke lokasi kejadian.

“Pihak Bomba seterusnya bergerak ke lokasi melalui denai hutan bersama pihak polis, anggota Rela dan penduduk kampung.

“Sampai lokasi pihak Bomba seterusnya mengurus mayat mangsa dengan memasukkan ke dalam beg mayat dan seterusnya mengusungnya keluar dari lokasi terbabit.

“Setelah sampai di kampung, mangsa kemudian diserah kepada pihak PDRM untuk tindakan selanjutnya,” katanya menerusi satu kenyataan.

Pada 18 Mei lalu, warga emas terbabit yang menghidap demensia dilaporkan hilang dari rumahnya.

Usaha mencari dan menyelamat mangsa yang dilakukan selama lebih seminggu bersama penduduk kampung Kakeng bagaimanapun terpaksa dihentikan susulan tiada petunjuk baharu mengenai keberadaan mangsa.

Mangsa sebelum itu dilaporkan dilihat kali terakhir pada 17 Mei sekitar jam 12.00 tengahari dengan penduduk mula mencari mangsa sekitar kebun nenas dan kebun lada milik mangsa namun gagal menemuinya.

Laporan mengenai kehilangannya dibuat keesokkan hari.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini